FASA AKHIR SUMBANGAN INFAQ DI TABUNG DANA PEMBINAAN
MASJID KARIAH BANDAR PERDANA
Pelaburan Yang Kekal Adalah Pelaburan Akhirat.
Tukar Nilai Ringgit Ke Nilai Akhirat.
Ambil Peluang Berwaqaf Jana Saham Pahala Berterusan Sehingga Akhirat
Jom Berinfaq Bagi Pembinaan Rumah Allah Ini

![]()
![]()
Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani masih lagi meneruskan proses akhir bagi pembinaan seterusnya.
Bersedeqah adalah salah satu cara untuk tarik bermacam-macam rezeki dan beri manfaat pada diri sendiri juga pada orang yang sudah tiada (meninggal dunia).
Sudah ramai orang menerima manfaat daripadanya kerana menjaga amalan bersedeqah ini tanpa tertinggal walaupun sehari dalam kehidupannya, antaranya...
1. Rezeki dimudahkan urusan dunia.
2. Rezeki dapat zuriat setelah bertahun-tahun menunggu.
3. Rezeki sembuh daripada penyakit yang ditanggung.
4. Rezeki dapat jodoh yang baik.
5. Rezeki anak berubah perangai jadi anak soleh/solehah.
6. Rezeki meninggal dalam keadaan baik (husnul khotimah). Selepas kematiannya dipuji pula.
7. Rezeki diberkati dan tak putus-putus.
8. Perniagaan berjalan lancar, sales datang bertalu-talu.
9. Dibalas kebaikan dalam masa 24 jam (kisah benar sebagaimana dinukilkan dalam buku berjudul Mudahnya Menjemput Rezeki)
10. Ikhlas sedeqah RM50 , dibalas RM 10,000 (juga kisah benar daripada buku berjudul Mudahnya Menjemput Rezeki)
11. Rezeki mudah faham ilmu yang dipelajari.
12. Pahala berterusan sentiasa mengalir sehingga hari kiamat untuk diri sendiri atau orang yang sudah tiada.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).
TEMPAH NAMA ANDA ATAU AHLI KELUARGA DI DALAM KESELURUHAN PEMBINAAN MASJID KARIAH BANDAR PERDANA INI SEBELUM TAWARAN SAHAM AKHIRAT INI DITUTUP SEPENUHNYA
![]()
Alhamdulillah hasil infaq / waqaf tuan puan dan orang awam ini lah hasilnya, masjid sekarang sudah berfungsi sepenuhnya. Bermacam aktiviti dapat dilaksanakan. Saham akhirat ,pahala berterusan buat penyumbang selagi mana masjid ini berfungsi.
Kita membantu pembinaan sebuah masjid bermaksud kita membina atau menyediakan tempat perhimpunan umat Islam untuk beribadat, berhalaqah ilmu, bertadarus al-Qur’an bermesyuarat dan lain-lain amal kebajikan. Bayangkan pahalan berterusan untuk kita sekiranya mengambil peluang lubuk pahala ini. Insya-Allah, Allah terima amalan tuan puan lalu mengembalikan semula dengan berlipat kali ganda di dunia dahulu kemudian di akhirat.
Baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith riwayat Muslim).
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
- Surah Al-Baqarah: 261
Secara asasnya, masjid ini diusahakan oleh penduduk yang tinggal berdekatan memandangkan tiada masjid di kawasan ini bagi kemudahan penduduk beribadah.
Masjid Kariah Bandar Perdana yang terletak di Jalan Perdana 8/1 Bandar Perdana 08000 Sungai Petani, Kedah dicetuskan pembinaannya kerana penduduk setempat terpaksa menumpang solat di masjid yang agak jauh jaraknya, hampir 5 km daripada kawasan perumahan. Sementelah, surau sedia ada juga tidak mampu lagi menampung kehadiran jemaah yang semakin ramai hari demi hari kerana pertambahan jumlah rumah di sini.
Memandangkan tanah yang sedia ada telah diberikan oleh pemaju perumahan, kami mengambil keputusan bagi membina sebuah masjid bagi kemudahan masyarakat Islam di sini.
Alhamdulillah berkat sumbangan waqaf dan infaq orang awam yang dermawan maka kini pembinaan Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani telah pun siap dan sudah digunakan untuk tujuan ibadah dan sebagainya. Alhamdulillah masjid ini sentiasa aktif dengan pelbagai majlis ilmu, aktiviti keagamaan, kemasyarakatan, riadah, rewang dan sebagainya.
In sha allah, Pahala terus mengalir bagi pewaqaf dan penginfaq yang menjayakan pembinaan Masjid Kariah Bandar Perdana walaupun infaqnya hanya RM1 saja dan tak lupa juga kepada individu yang beri sumbangan tenaga, buah fikiran , terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Namun kini tanah yang seluas 7 ekar ini, membuka peluang sekali lagi untuk anda meraih pahala tak terputus ( saham pahala ) walaupun sudah tiada. Pihak masjid dan kariahnya dalam usaha untuk bangunkan Pusat Pengajian Agama dan Dewan Serbaguna bagi umat Islam yang sedikit sebanyak akan dapat menampung kos pengoperasian dan penyelenggaran masjid ini di masa akan datang sekali gus, menjana pendapatan sendiri buat masjid serta mengurangkan kebergantungan kami kepada dana awam sedikit demi sedikit.
Keluasan tapak masjid ini adalah 7 ekar dan berdekatan dengan kawasan perumahan. Tanah tapak masjid ini diberikan oleh pemaju perumahan dan sekarang telah didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Gambar-gambar ilustrasi yang bakal dibina pusat penggajian agama di tanah Masjid Kariah Bandar Perdana seluas 7 ekar. Bagi mengetahui perkembangan proses pembinaan seterusnya boleh ikuti page FB Masjid Kariah Perdana dengan tekan link ini: http://bit.ly/3oNJgvl. Kongsikan rezeki yang Allah amanahkan untuk berwaqaf & beri sumbangan untuk kebaikan diri dan agama. Masjid beralamat di Jalan Perdana 8/1 Bandar Perdana Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah, Malysia
Kekurangan dana pasti boleh melambatkan proses pembinaan dan boleh tertangguh berbulan bulan. Masjid tiada menerima sebarang dana daripada mana mana badan atau pihak kerajaan. Dana pembinaan 100% datang daripada sumbangan orang ramai bagi menyiapkan Masjid Kariah Bandar Perdana ini.
"Yakinlah, rezeki semakin bertambah dengan bersedeqah. Apa yang kita miliki sebenar-sebenarnya, adalah apa yang kita belanjakan (infaq) untuk akhirat kelak. Tidak akan miskin orang yang berinfaq di jalan Allah."
Oleh itu kami membuka tawaran ini kepada tuan puan bagi menyumbang untuk kos pengurusan pembinaan Masjid Kariah Bandar Perdana dan tidak dilupakan untuk pembangunan Pusat Pengajian Agama dan Dewan Serbaguna. Moga beroleh manfaat pahala berterusan dengan erti kata lain sebagai amal jariah (berterusan) kebaikan di alam selepas mati.
Tuan puan boleh berikan sumbangan waqaf seperti di bawah.
Dana Tabung Kos Pengurusan & Pembinaan Masjid Kariah Bandar Perdana Sungai Petani.
Jom salurkan sumbangan waqaf tuan puan untuk kos pengurusan pembinaan rumah Allah ini bagi keberkatan dunia dan di akhirat.
Pakej Lot A = RM1000
Pakej Lot B = RM500
Pakej Lot C = RM300
Pakej Lot D = RM100
Pakej Lot E = RM 50
Pakej Lot E = RM 20
Sekiranya tuan puan ingin beri berapa seikhlas hati pun tidak mengapa kami menerimanya.
Untuk teruskan beri sumbangan mohon dibacakan sekali akad waqaf seperti dibawah:
"Saya dengan ini berwaqaf sebanyak (jumlah wang yang diwaqafkan) atas nama (niat atas nama siapa) untuk disalurkan kepada kos pengurusan dan pembinaan Masjid Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah kerana Allah SWT"
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan boleh terus buat tranksaksi sumbangan waqaf tersebut.
![]()
![]()
![]()
MAYBANK
552189533490
MASJID KARIAH BANDAR PERDANA
P/S : Pihak Masjid menggunakan perbankan dalam talian (toyyibpay) dan akan muncul ANSI SISTEM SDN BHD di bahagian statement bank, itu adalah third party sistem online transfer yang pihak Masjid Kariah Bandar Perdana gunakan bagi memudahkan pemberian infaq & waqaf secara dalam talian (online banking). Duit sumbangan infaq anda tetap pihak Masjid Kariah Bandar Perdana akan terima.
![]()
"Jangan tangguh dalam berbuat kebaikan kerana belum tentu esok kita boleh buat kebaikan tersebut"
Jangan tangguh buat kebaikan, takut esok tiada kesempatan.
Usah beralasan untuk buat amal, kita tak tahu bila akan meninggal dunia.
Nak sedekah jangan duk tunggu kaya nanti, sebab hari ni atau esok mungkin kita akan mati.
Setidaknya kita ada bersama dalam usaha-usaha untuk bantu agama Allah sekiranya ditanya di akhirat kelak apa usaha kita terhadap agama-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 148;
“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat). Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
![]()
![]()
Kami warga kariah Masjid Kariah Perdana Bandar, Sungai Petani ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tuan / puan untuk pembinaan masjid ini. Sangat di alu-alukan sekiranya tuan/puan ingin ziarah tapak pembinaan masjid di sini atau ingin singgah seketika semasa perjalanan tuan puan.
Jasa baik tuan puan, tidak dapat kami balas melainkan pembalasan kebaikan daripada Allah swt. Semoga usaha baik tuan puan Allah terima dan penuhi hajat-hajat tuan puan asbab saham tuan/puan di dalam pembinaan rumah Allah ini. Insya-Allah.
Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh menghubungi pembantu Masjid Kariah Bandar Perdana dengan menekan link di bawah
https://masjidkariahbandarperdanasp.wasap.my