"Jangan tangguh dalam berbuat kebaikan kerana belum tentu esok kita boleh buat kebaikan tersebut"
Jangan tangguh buat kebaikan, takut esok tiada kesempatan.
Usah beralasan untuk buat amal, kita tak tahu bila akan meninggal dunia.
Nak sedekah jangan duk tunggu kaya nanti, sebab hari ni atau esok mungkin kita akan mati.
Kami warga kariah Masjid Kariah Perdana Bandar, Sungai Petani ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tuan / puan untuk pembinaan masjid ini. Sangat di alu-alukan sekiranya tuan/puan ingin ziarah tapak pembinaan masjid di sini atau ingin singgah seketika semasa perjalanan tuan puan.
Jasa baik tuan puan, tidak dapat kami balas melainkan pembalasan kebaikan daripada Allah swt. Semoga usaha baik tuan puan Allah terima dan penuhi hajat-hajat tuan puan asbab saham tuan/puan di dalam pembinaan rumah Allah ini. Insya-Allah.
Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh menghubungi pembantu Masjid Kariah Bandar Perdana dengan menekan link di bawah
https://masjidkariahbandarperdanasp.wasap.my